achsanmedia.cf-Bismillāhirraḥmānirraḥīm

احلمد هلل رب العاملني والصالة والسالم على نبينا حممد وعلى آله وصحبه أمجعني

Segala puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allāh S.W.T, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muḥammad صلى الله عليه وسلم ,kaum keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.

Al-Faqir menulis risalah ini dengan tujuan tidak lain hanyalah ingin membantu memudahkan rakan-rakan yang berminat untuk mengkaji Bahasa Arab. Oleh itu, Al-Faqir membuat keputusan untuk menulis risalah ini agar rakan-rakan dapat mengenali kitāb-kitāb yang dikarang oleh para ulama’ lughah. Adapun tertib kitāb dalam risalah ini, Al-Faqir cuba membuat pembahagian yang sesuai dengan kita sebagai pelajar yang bukan berbahasa Arab. 

Untuk makluman rakan pembaca sekalian, terdapat banyak lagi kitāb-kitāb yang tidak disebutkan di sini dan tertib ini berdasarkan tertib zaman kini. Misalnya, pada zaman dahulu, kitāb Qaṭru al-Nadā dipelajari oleh peringkat mubtadi’īn (peringkat permulaan), tetapi pada zaman sekarang, kitāb tersebut tidak mampu untuk dipelajari oleh peringkat ini. Dapatlah kita ketahui di sini betapa jauh kemampuan diri kita jika dibandingkan dengan ulama’ terdahulu.

Di dalam risalah ringkas ini, suka untuk Al-Faqir berkongsi sedikit sebanyak tips dan kaedah mempelajari ilmu Bahasa Arab berdasarkan pengalaman yang dilalui sebelum ini. Akan tetapi, risalah ini ditulis bukanlah bermaksud Al-Faqir telah mencapai ke peringkat Muntahi (peringkat tertinggi) di dalam ilmu ini. Al-Faqir menulis risalah ringkas ini khusus untuk rakan-rakany ang sudi menghadirkan diri mereka bagi sesi pembelajaran Nahu dan Ṣarafyang Al-Faqir laksanakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hujung minggu dan mereka yang berhajat akan manfaat daripadanya.

Akhir sekali, Al-Faqir memohon maaf sekiranya risalah kecil ini terdapat sebarang kesilapan asbab kekurangan diri Al-Faqir sendiri. Semoga risalah ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian terutamanya dalam ilmu Bahasa Arab. Diharapkan penulisan yang ringkas ini dapat membantu dan memudahkan para pembaca sekalian dalam mempelajari ilmu Bahasa Arab. Bi’iznillāh.

Sekian, Terima Kasih.

Amīrul Fahmi bin Fauzi

DOWNLOAD

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama